Bong Mokhtar Bebas Dakwaan

Fuhhh lega la rasanya si hati Ahli Parlimen Kinabatangan, Bong Mokhtar dan isteri ketiganya pelakon Zizie Ezette yang didakwa berpoligami tanpa persetujuan isteri-isteri lain Bong Mokhtar. Ketua Hakim Syarie Selangor, Mukhyuddin Ibrahim sebaliknya memerintahkan Bung Moktar membayar denda maksimum iaitu RM1,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Mukyuddin yang mengambil masa satu jam setengah untuk membacakan penghakiman bagaimanapun bersetuju bahawa hukuman bagi kesalahan itu adalah rendah jika dibandingkan dengan kedudukan Bung Moktar selaku individu yang berpendidikan.

“Undang-undang digubal untuk keadilan dan bukan untuk menyulitkan perkahwinan poligami. Undang-undang digubal supaya poligami dibuat secara teratur dan matlamatnya tercapai seterusnya melahirkan zuriat yang soleh dan solehah.

“Mahkamah ingin menegaskan kepada masyarakat bahawa tidak mustahil jika hukuman penjara akan dijatuhkan sekiranya kesalahan seumpamanya dilakukan selepas ini,” tegas beliau.
Related Posts with Thumbnails