Artis Malaysia Yang Bakal Jadi Jutawan

Artis Malaysia ni bakal jadi jutawan la!!!
Awal bulan Mei 2010, tentu semua dah tahu tentang isu Johan Raja Lawak, 26, yang dibaling gelas oleh seorang pengarah iaitu Mohd Javed Mohd Nizar. 33, kerana isu yang dikatakan Johan membuat masalah di set pengambaran drama. 

Akibat dari kejadian itu, Johan telah mengalami kecederaan yang agak serius di bahagian muka. Menurut kata Johan, bukat setakat dibaling gelas je, malah dia turut ditumbuk di muka beberapa kali. Tak cukup dengan tu, isterinya Ozlyn juga turut ditendang oleh pengarah tersebut. 

Pergggggggghhh!!!! Gila brutal punya pengarah. 

Oleh sebab ini, Johan dengan peguamnya menuntut wang sebanyak RM1 juta kepada Mohd Javed untuk tujuan ganti rugi serta memberi pengajaran kepada semua. Errrmm… pengajaran kepada director-director supaya jangan belasah pelakon ker? Huhuhuhu…

So far, takat ni je la info yang kami dapat. Tak tahu la macam mana cerita Mohd Javed tu plak. Adakah dia pun sama nak tuntut wang pampasan?

Menurut Johan lagi, dia difitnah. Dia membidas segala surat dan email yang dihantar oleh Mohd Javed yang ditujukan kepada media dan persatuan-persatuan industri hiburan yang menyatakan Johan buat perangai di set pengambaran. 

Kata Johan, set pengambaran baru bermula 2 hari, takkan la, dah boleh timbul isu buat perangai? Hmmmmmm….

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails