Filem 2 Hati 1 Jiwa Tak Laku?

Haa!!! Filem terbaru arahan Profesor Madya Razak Mohaideen, 2 Hati 1 Jiwa dikatakan tidak laris di pawagam sepertimana filem-filem arahan beliau sebelum ni. Apa cerita ni? Kalau korang perhatikan lagi, filem ni gak kurang publisiti dia di dalam youtube. Wahahahahahahaa!!! Apa kena mengena ek ngn youtube? Haaa!!! Kalau korang nak tau, sebelum2 ni, ramai pengusaha filem yang gunakan teknik upload trailer filem ke dalam youtube untuk mempromosikan filem akan datang diorang. Dah lepas diorang upload video trailer tu kat youtube, maka ramai la uploader-uploader youtube yang lain akan cilok trailer asal dan upload trailer yang baru. Maka, terjadilah satu promosi secara tak langsung yang percuma.......

Tapi, perkara ni tak terjadi kepada filem 2 Hati 1 Jiwa. Tak percaya??? Korang tengok la youtube, cari la trailer filem ni... Ada ker? Rasanya takde.

Kenapa agaknya filem ni gagal? Ada sumber mengatakan filem ni gagal kerana para pelakon yang bukan tip-top. Ada juga sumber mengatakan filem ni menghina arwah kembar siam yang suatu ketika heboh satu dunia dulu. Ada juga faktor yang mengatakan filem Adnan Sempit punca filem ni ditarik cepat dari pawagam. 
Ada juga sumber mengatakan yang filem Profesor Razak ni memang takleh blah..... 

Haaa... rasa-rasanya mana satu faktor kegagalan filem ni???

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails