Seorang lagi rocker ditahan kerana kesalahan menggunakan kekasaran selepas kes Ameng Spring. Kali ni, Mael vokalis kumpulan XPDC. Aiyooo!!!! Mengikut laporan, Mael direman oleh polis selama 4 hari atas kesalah memukul anaknya yang berusia 16 tahun di kepala.
Cerita dia macam ni, mengikut sumber, Mael dan isteri tidak lagi tinggal sebumbung namun mereka masih bergelar suami isteri. Anak mereka tinggal bersama dengan isteri Mael. Setelah lama tidak menjenguk anaknya, Mael berhasrat untuk pergi ke rumah isterinya untuk berjumpa dengan anaknya. Namun kedatangan Mael tidak diendahkan oleh anaknya. Akibatnya, naik beranglah Mael tu. Terus dapat pedepuuukkkk kat kepala si anaknya tu.
Anaknya mengadu dekat ibu, maka berdua membuat laporan polis. Dan akhirnya, Mael direman selama 4 hari.
Apa cerita ni? Betul ke? Pada pendapat kami la, tak salah sekiranya seorang bapa bagi pedepuk dekat anaknya yang bersifat kurang ajar. Dalam cerita ni, nampak macam anaknya tu yang bersifat kerekkkk… Kalau kami la, ada anak macam tu, bukan takan pedepuk jeee, kapak pun mahu kot… Huhuhuhuhu…
Apa-apa pun jangan buat persepsi terlalu awal. Dalam cerita ni, mungkin nampak macam kami berat sebelah dekat Mael, tapi entah-entah lain pula ceritanya yang sebenar.
No comments:
Post a Comment