Mimie dan Jojoe One Nation Emcees Kemalangan

Semalam 12 Mac 2010, pada pukul 7.30 pagi dilaporkan dua ahli dari kumpulan One Nation Emcees yang juga pasangan kekasih Mimie dan Jojoe telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang hampir boleh cabut nyawa arrrr… Kejadian eksiden tu berlaku di sekitar Bandar Utama yang mana ketika itu mereka berdua sedang berada dalam perjalanan ke Sri Pentas untuk rakaman siaran langsung program Malaysia Hari Ini.

Kejadian tu berlaku apabila Mimie yang memandu keretanya sendiri iaitu Mazda 3, cuba mengelak dari sebuah kenderaan yang memotong keretanya dari arah kiri yang menyebabkan Mimie ni terkejut sampai hilang kawalan lalu terlanggar pokok dan kereta Mimie terbalik.

Walaupun kereta Mimie habis remuk, Mimie dan Jojoe tidak mengalami sebarang kecederaan.

Untuk pengetahuan korang, One Nation Emcees baru je lahirkan album sulung mereka last week, dan mereka sekarang sedang giat mempromosikan album mereka. Tapi apa boleh buat, Mimie dan Jojoe dah trauma sekejap akibat kemalangan, kena pula soal insuran kereta Mimie lagi… hmmmm jadi susah laa sket gamaknya diorang ni nanti nak buat kerja-kerja promosi album.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails