Preview Filem Magika




Jangan Tido Waktu Senja, Jangan Merayau Waktu Senja






Perkataan 2 kat atas tu sangat2 laaa sinonim zaman2 kanak2 ribena aku dlu… Opah selalu pesan Jangan Tido Waktu Senja, Atuk plak selalu pesan Jangan Meraya Waktu Senja.

Kenapa??? Sebab takut kena kidnapped ngn orang bunian. Atuk aku dulu selalu sound mcm ni,

“Haaaa merayau laaa merayau!!!!!!!! Kalau nk kena sesat dalam alam bunian mcm dalam citer Alice In Wonderland, haaaa merayau laa!!! P la merayau!!!!”

Jadi aku yang kanak2 time tu pun bile dengar je ‘Alice In Wonderland’, terus cuwakkkkk tak nak merayau dah…. Even sampai dah beso panjang ni tak merayau time2 senja…. Cewaaaahhh..

Tapi zaman skng ni dah lain…. Orang merayau ngn tido tak ingat time dah… senja ke, subuh ke, sahur ke…. Serupa jeeeeee diorang rasa…. Dats y, ngn ini adik beradik TYCOON yang dikenali sebagai KRU telah buat satu filem muzikal bertajuk MAGIKA untuk mengingatkan manusia2 supaya jangan merayau time2 senja. Huh!!! Betoi ke? Ntah laaaa… aku belasah jeeeeee…. Aku predict berdasarkan video trailer MAGIKA kat youtube ni haaa…



Niway, filem Magika ni adalah sebuah filem yang penuh ngn nyanyi2 yang diarahkan oleh Edry Abdul Halim. Edry gak memain peranan sebagai penyusun dan pencipta lagu dalam filem ni. Lebih dari 10 lagu yang ada dalam filem ni. As usual mcm filem2 terbitan KRU yang lain, filem Magika ni berkonsepkan animasi. Filem Magika ni memakan lebih kurang RM2 juta total expenses dan terdiri dari pelakon2 yang background dia mostly adalah penyanyi. Antaranya, Ning Baizura, M Nasir, Maya Karin, Mawi, Ziana Zain…. Watak utama dalam citer ni Diana Danielle. Plus, si Diana Danielle ni pun join sekali berkaraoke dalam filem ni berduet ngn seseorang penyanyi MAWI yang mana tajuk lagu tu ialah Penyembuh Rindu…. Fuhhhh!!!!!!!! Penyembuh Rindu woooo…








Bila filem ni nak ditayangkan??? Ntah laaaaa… yang aku dapat info kat club Ning Baizura fans, filem ni akan ditayangkan akhir bulan 2  or awal bulan 3 tahun 2010. And also, mungkin ni filem pertama dari KRU yang tak dapat sponsor besar-besaran kot…. Sebab takde pn mention main sponsor utk filem ni… hmmmm…..



  • INFO: Filem Magika
    JUDUL: Magika
    GENRE: Muzikal Pengembaraan (pertama seumpamanya di Malaysia)
    KONSEP: Mitos dan Legenda Melayu
    PENGARAH: Edry Abdul Halim (filem sulung)
    TEMPOH PENGGAMBARAN: Februari hingga pertengahan Mac 2009
    LOKASI PENGGAMBARAN: Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong; Ulu Langat, Selangor; Tapah, Perak dan Lanchang, Pahang
    PELAKON: Membabitkan lebih 15 artis popular, antaranya Mawi AF3, Diana Danielle, Fimie (Hikayat Putera Shazlan), Saiful Apek, Ziana Zain, Maya Karin, M Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Raja Azura, Ning Baizura, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Norman Hakim, KRU, Nabil Raja Lawak dan Adibah Noor.
    KOS PRODUKSI: Sekitar RM1.8 juta hingga RM2 juta, tidak termasuk promosi (Bayaran pelakon saja melebihi RM500,000)
    LAGU TEMA: Penyembuh Rindu (duet Mawi bersama Diana Danielle)
    PROSES AKHIR/KOS: Tujuh hari di Bangkok/Membabitkan bajet hingga RM400,000.
    JANGKA TAYANG: Februari atau Mac 2010.
     




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails